Sulit
6 tahun
Dilema nak buka iucd
Hai doktor, saya berumur 26 tahun dan berkahwin. saya memakai alat iucd sebagai pencegah kehamilan tapi selepas pakai, period saya berpanjangan. Suami sy juga tidak selesa apabila bersama kerana kehadiran darah dan terasa benang iucd. Sebulan selepas pakai sy rasa tak selesa dan sy berjumpa doktor semula dan doktor tu memotong sedikit benang iucd tersebut kerana terlalu panjang dan semasa memotong doktor menggunakan gunting tumpul dan di hujung benang terasa bergerigi dan tajam. sekarang saya dalam dilema apa sy perlu lakukan. kerana suami sy tak selesa dan berasa sakit ketika bersama.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda dan suami anda berasa tidak selesa akibat benang IUCD tersebut, anda boleh berjumpa semula dengan doktor anda untuk memotong semula benang tersebut. Alternatif lain ialah untuk suami anda memakai kondom atau penghentian penggunaan IUCD dan beralih kepada kaedah perancangan keluarga yang lain. Kebanyakkan kaedah perancangan keluarga akan menyebabkan haid tidak teratur pada awal pengambilan/pemakaian. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































