
Sulit
4 tahun
Dinsengat kala jengking
Hi dr., saya telah disengat oleh kala jeking di tumit kiri saya. dan sekarang dalam keadaan sangat sakit. Mak saya kata hospital akan bukak besok pagi pukol 10. apa yang perlu saya lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah tumit anda disengat kala jengking. Untuk pengetahuan anda, sengatan haiwan berbisa memerlukan rawatan yang segera bagi mengelakkan berlakunya sebarang komplikasi yang berbahaya. Oleh itu, adalah amat penting untuk anda mendapatkan rawatan segera di hospital atau klinik. Namun, untuk rawatan awal, anda perlu:
- bertenang dahulu
- berada dalam posisi yang selesa
- kurangkan pergerakan tumit yang disengat kala jengking
- letakkan turniquet pada bahagian atas anggota yang disengat. Kemudian, Longgarkan semula turniquet tersebut selama 20 minit dan berselang dalam 5 minit bagi menggelakkan gangrene.
- Letakkan ais pada bahagian yang terkena sengatan bagi mengelakkan penyempitan salur darah
- buat cucian pada pendarahan atau luka jika ada
- segera ke hospital
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih