
syanajwa8
5 tahun
Discharge yang berwarna hitam/coklat gelap
Saya wanita berusia awal 20an. Discharge yang keluar semasa haid saya tidak berwarna merah sudah hampir 2 bulan. Semasa kitaran haid, kitaran saya jadi terlalu lama sehingga 15 hari dan kadang kala lebih tetapi discaj masih berwarna hitam. Saya pernah mengambil pil hormon semasa berumur 15 tahun kerana masalah seperti ini tetapi sudah berhenti. Minta nasihat doktor ya. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau cerviks - gejala tambahan seperti hilang berat badan, sakit perut
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Haid berwarna hitam ini boleh disebabkan darah yang telah lama akan teroksida dan berwarna hitam ataupun jangkitan dalam rahim. Sekiranya masalah ini berterusan dan anda mengalami gejala lain seperti demam, sakit perut yang luar biasa, faraj berbau ataupun sakit ketika kencing, anda perlu berjumpa doktor segera. Untuk mengatasi masalah haid berpanjangan ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.