
amirulhayan19
5 tahun
Disyaki dijangkiti gonorrhea
salam saya lelaki berumur 21 tahun , pada waktu pagi saya selalu perasan ada cecair putih / kuning keluar dari kemaluan saya , hanya pada waktu pagi , dan kadang ada rasa gatal gatal di area situ , saya google and saya potensi untuk dapat penyakit gonorrhea ni , apakah ubat yang patut saya beli di DOC ni dan cara pemakanannya ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, Google bukan seorang doktor, jikalau ianya senang semacam untuk mengesahkan penyakit yang dijangkiti, pekerjaan doktor tidak perlu wujud lagi. Jadilah seorang insan yang bertanggungjawab dan berpengetahuan, anda harus mendapati pemeriksaan yang teliti sebelum diagnosakan diri dengan gonorrhea.
Gejala ini boleh disebabkan oleh punca-punca seperti:
- Penyakit kelamin seperti Trichomoniasis, HSV, Chlamydia, Sifilis, Gonorrhea, HIV
- Keradangan pundi kencing
- Fisiologi normal
Setiap punca mempunyai rawatan yang berlainan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.