
khalishahmariah
6 tahun
Dlm msa sebulan ni sy rasa mual dan pening kepala
Sy berumur 32 thun,ank da 3org,ank ptme kedua sy cucuk prcng.ank y ke3 ni sy ambk pil noriday,mula tu dtg haid,.selepas tu tiada dtg haid.,and sy slu rasa mual nk munth dan pening kepala.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pil Noriday perlu ambil setiap hari secara berterusan, termasuk semasa anda mempunyai haid. Anda perlu mengambil pil ini pada hari pertama kitaran haid anda. Ini akan melindungi anda dari kehamilan dengan segera dan anda tidak perlu menggunakan sebarang kaedah kontrasepsi tambahan.
Sekiranya perlu, anda juga boleh mengambil sehingga lima hari kitaran anda tanpa perlu menggunakan kontrasepsi tambahan apabila anda mula.
Terdapat beberapa kesan sampingannya:
- Sakit kepala
- Kepeningan
- Kemuntahan
- Perubahan pendarahan haid, contohnya pendarahan tidak teratur atau kadang-kadang berhenti pendarahan
- Kesakitan payudara
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih