
Anonymous
6 tahun
Doc ambik darah untuk cek oksigen, bolehkah detect saya ada HIV?
Assalamualaikum. Saya dimasukkan ke hospital akibat gastrik. Dan doc ada ambik darah untuk check kandungan oksigen dalam darah. Jadi soalan saya, boleh ka dalam masa yang sama doc detect jika saya ada HIV? Sebab saya pernah berhubungan seks dengan pelacur, tapi sekali tu saja. Dan memakai kondom.

6 tahun
Waalaikummussalam. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Pengambilan darah untuk melihat kadar oksigen di dalam darah anda tersebut tidak melibatkan proses yang sama untuk mengesan jangkitan HIV.
Untuk ujian HIV, pihak hospital perlu mendapatkankebenaran anda sebelum melakukannya, melainkan anda disyaki untuk menghidapnya. Sebagai contoh, sekiranya anda dimasukkan ke hospital kerana kesakitan yang disebabkan oleh jangkitan virus. Terdapat dua jenis ujian saringan yang anda boleh lakukan di mana-mana klinik kesihatan mahupun klinik swasta. Ujian segera ataupun ‘rapid test’ boleh memberikan anda keputusan dalam masa kurang dari setengah jam manakala ujian antibody pula boleh mengesahkannya dalam masa beberapa hari. Ujian saringan ini hanya boleh menjadi tepat dan dipercayai setelah anda terdedah kepada virus selama lebih kurang 3 bulan.
Hubungan kelamin dengan pekerja seks komersial merupakan salah satu daripada aktiviti yang berisiko mendedahkan anda kepada jangkitan. Kondom, sebagai salah satu perlindungan, boleh merendahkan kemungkinan anda untuk berhadapan dengan risiko itu. Walaubagaimanapun, jangkitan masih boleh berlaku.
Jika anda masih mempunyai keraguan terhadap status jangkitan anda, anda perlulah meminta pendapat dari pelbagai doktor yang boleh anda hubungi atau kunjungi di samping melakukan ujian seperti yang dinyatakan di atas.

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Secara amnya, ujian darah dan ujian lain hanya akan dijalankan berdasarkan sejarah yang anda berikan kepada doktor serta permeriksaan fizikal anda. Oleh itu, jika anda tidak memberitahu doktor bahawa anda pernah menjalankan hubungan seks dengan pelacur, dan anda tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala yang konsisten dengan diagnosa jangkitan HIV, maka ujian untuk mengesan jangkitan HIV tidak akan dilakukan.
Ujian HIV hanya memerlukan satu sampel darah sahaja. Oleh itu, secara amnya darah yang digunakan untuk ujian menguji tahap kandungan oksigen di dalam darah anda boleh digunakan untuk ujian HIV. Jika anda ingin menjalankan ujian HIV, maka anda harus memberitahu doktor anda tentang sejarah hubungan kelamin anda.
Anda digalakkan untuk menjalankan ujian HIV tersebut demi kesihatan anda. Walaupun anda telah nyatakan bahawa anda telah memakai kondom semasa menjalankan hubungan kelamin, risiko menghidap jangkitan HIV tetap ada terutamanya jika anda menjalankan hubungan kelamin secara oral atau dubur, atau jika anda tidak menggunakan kondom dengan betul.