
Sulit
4 tahun
Doctor sebulan lepas saya ada masalah sembelit dan buasir.Sekarang dah sembuh
Hi doctor,sebulan lepas saya ada masalah sembelit dan buasir.Doctor nasihat saya tukar cara makanan saya.So saya pun tukar cara makanan saya.Minum 3l air,mkn buah buahan,sayur.Stop fast food … Seminggu ini saya buat jus timun dan apple.Bled sendiri .Selepas sy minum jus tu najis saya cair dan keluar pun sikit je.Adakah serat dalam dalam badan saya terlebih? kalau serat terlebih apa yang jadi pada manusia?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya anda tidak makan dengan banyak tetapi makan banyak serat dan minum air dengan banyak, maka najis anda akan lebih cair dan sikit. Anda digalakkan untuk mengurangkan sedikit pengambilan serat anda. Setiap nutrien yang diambil termasuk serat dan air haruslah berpada-pada mengikut keperluan. Serat yang banyak dalam diet boleh menyebabkan:
- Sembelit atau cirit-birit
- Perut kembung dan berangin
- Sakit ari-arii
- Kekurangan mineral dalam badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.