
Sulit
4 tahun
Dok,betul ke saya anxiety?
Pagi doc,saya nak tanya betul ke saya anxiety? Saya cuma kekadang takut kekadang naik angin je. Doktor mengatakan saya anxiety. Skrg doktor nak amik darah saya anta ke hospital tok new result. Siap dah ade appointment tok saya jumpa doktor pakar. Simptom saya takut n pemarah saja.resah,bimbang saya tiada.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah yang dihadapi.
Gangguan emosi boleh disebabkan oleh faktor pesekitaran anda yang menyumbang terhadap tekanan yang dialami.
Namun, kemungkinan besar masalah cepat marah boleh disebabkan oleh sebab-sebab seperti:
- Perasaan stress dengan tempat kerja anda
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Menerima tanggungjawab yang berat
- Kurang bergaul dengan rakan-rakan atau jiran berdekatan
- Kurang sokongan daripada keluarga atau rakan sendiri
- Kurang rehat ataupun tidur.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Saya sarankan anda mengambil langkah-langkah yang berikut bagi menangani masalah ini iaitu:
- Meluangkan masa dengan orang yang memahami. Amalkan pergaulan yang sihat dan positif serta meluahkan perasaan dengan beberapa orang yang sesuai.
- Amalkan senaman yang seimbang bagi meningkatkan keyakinan diri.
- Amalkan pemakanan yang sihat bagi mengelakkan daripada kemurungan anda menjejaskan kesihatan umum anda.
- Cukupkan waktu tidur dan rehat. Rehat yang mencukupi dapat memberikan kesegaran terhadap minda anda serta menjadi berfikiran lebih positif.
- Memulakan hobi baru bagi menghindari pekara yang negatif, serta mengalihkan perhatian anda terhadap emosi-emosi yang terganggu dan tidak menyenangkan.
- Dapatkan nasihat kaunseling dari pihak kaunseling yang tertentu bagi membantu anda untuk menangani gejala stres anda.
- Perlahan-lahan untuk meluahkan perasaan ini terhadap keluarga anda, kerana mereka lagi akan memahami atas situasi anda. Jika mereka memberi tindakbalas yang negatif, sila menghubungi talian pihak kecemasan yang tertentu.
Buat masa ini, anda digalakkan untuk menghadiri temujanji bersama doktor agar dapat diberikan diagnosis yang benar seterusnya pengubatan dan terapi dapat dimulakan dengan segera. Hal ini adalah penting untuk diatasi agar masalah tidak memburuk dimasa hadapan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.