shafeeq

4 tahun

Doktor, ayah saya sekarang makan statin sebab kolesterol tinggi

Doktor, ayah saya sekaran makan statin sebab kolesterol tinggi, tapi bila cek tak turun jugak paras kolesterol dia. Ubat hari-hari makan. Mungkin ke ubat dah tak berkesan? Apa cara lain nak rawat?

Dr Ramzdhan,

4 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Statin membantu untuk menurunkan paras kolesterol dan risiko penyakit jantung dan serangan angin ahmar dengan efektif. Namun demikian, ubat ini tidak berkesan untuk sesetengah orang.

Jika paras kolesterol ayah anda masih tinggi, doktor akan mengemukakan bebeberapa soalan dan melakukan ujian- ujian seperti ujian kolesterol, ujian untuk menentukan risiko penyakit jantung, dan ujian genetik. Kadang-kadang, kolesterol tinggi boleh disebabkan oleh familial hypercholesterolemia (masalah genetik yang menyebabkan kolesterol tinggi dalam keluarga).

Soalan seperti sejarah keluarga juga boleh membantu mengenalpasti rawatan yang sesuai. Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga lelaki (ayah atau abang) yang mempunyai serangan jantung sebelum umur 55 atau ahli keluarga perempuan (emak atau kakak) yang mempunyai serangan jantung sebelum umur 65, anda berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Doktor akan menaikkan dos statin atau tambahkan satu ubat kolesterol lain.

Rawatan untuk menangani masalah ini adalah menaikkan dos statin, mengamalkan gaya hidup yang sihat, dan menggunakan ubat kolesterol lain seperti fibrat, resin, niasin dan perencat penyerapan kolesterol. Amalan gaya hidup yang sihat termasuk makan secara sihat.

Kurangkan pengambilan lemak dan makanan tinggi kolesterol. Masak dengan minyak sayuran seperti minayk zaitun, minyak bunga matahari dan minyak kanola. Tingkatkan pengambilan serat. Selain itu, lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu ataupun aktiviti yang berintensiti tinggi 20 minit 3 kali seminggu. Pengekalan berat badan yang ideal juga penting.

Obesiti boleh meningkatkan kolesterol LDL (“jahat”) dan menurunkan kolesterol HDL (“baik”). Oleh itu, anda harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan melakukan aktivit fizikal. Penurunan berat badan yang disyorkan pada peringkat permulaan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam tempoh 6 bulan. Bukan itu sahaja, sekiranya anda merokok, anda harus berhenti dengan kaedah-kaedak seperti terapi gantian nikotin, dapatkan sokongan dan menjauhkan diri dari tempat orang merokok.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan konsultasi lanjut. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)