
Sulit
5 tahun
Doktor cakap telur yang nak jadi baby berdarah
Saya wanita . Berumur 18 tahun , haritu saya terlampau sakit kat tepi perut belah kanan kat rahim . dan saya check kat doktor . Doktor cakap telur saya berdarah nak jadi baby tapi berdarah . Punca apa ye ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pendarahan dalam ovari boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Masalah pembekuan darah
- Kesan ubat seperti aspirin
- Tiada sebab - kebanyakkan kes tidak menjumpai sebabnya
- Ovari terbelit
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.