filzah

5 tahun

Doktor, makan ubat kencing manis ni takde side effect ke

Doktor, makan ubat kencing manis ni takde side effect ke? Risau saya tengok mak saya kena makan ubat banyak-banyak.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Setiap ubat di dunia ini mempunyainya kesan sampingannya. Ubat-ubat pil diabetis juga tidak terkecuali dan mempunyai kesan sampingannya. Namun kesan sampingan ini dianggap sebagai pengorbanan kecil kerana kebaikkan jauh lebih penting. Biasanya doctor anda akan memberitahu anda jika ubat itu ada kesan samping besar atau tidak.cOleh itu, doctor akan memilih ubant yang ada kesan sampingan yang paling minimum dan jikalau kesan samping itu menganggu hidup pesakit, doctor biasanya akan memgubah dos atau memberi ubat lain. Berikut adalah contoh ubat pil diabetis dan kesan sampingannya. Ubat ubat pil diabetis terbahagi kepada :
1. Biguanides (Metformin)
 Metformin merupakan ubat pertama yang akan diberikan dan paling penting.
 Ia merendahkan glukosa darah terutamanya glukosa darah berpuasa dengan menurunkan pengeluaran glukosa dari organ hati dan mengurang rangsangan rembesan insulin.
 Antara kebaikan metformin ialah berat badan tidak akan bertambah.
 Kesan buruk yang biasa adalah mual, kurang berap badan dan cirit-birit. Ini dapat dikurangkan jika metformin diambil bersama / atau selepas makan.
 Salah satu komplikasi terapi metformin jangka panjang adalah kekurangan vitamin B12 dan laktik asidosis.
 Asidosis laktik jarang berlaku (<1 kes setiap 100,000 pesakit yang dirawat) dan biasanya dikaitkan dengan masalah buah pinggang.
2. Sulphonylureas (SUs)
 Kesan utama adalah hipoglisemia dan tambah berat badan.
 Meningkatkan risiko kerosakan buah pinggang dan hati bagi orang tua.
3. Meglitinides
4. Alpha-Glucosidase Inhibitors (AGIs)
 Ia kurang berkesan dalam menurunkan glikemia daripada metformin atau SU.
 Ia biasanya digunakan besama ubat lain.
 Kesan sampingan yang paling biasa adalah kembung, ketidakselesaan perut, cirit-birit dan kentut.
5. Thiazolidinediones (TZDs)
 Kesan sampingan termasuk naik berat badan (disebabkan pengagihan semula lemak badan), pengekalan cecair, kegagalan jantung, edema makular dan osteoporosis.
6. Dipeptidyl Peptidase-4 (DPP-4) Inhibitors
7. Sodium-glucose Cotransporter 2 (SGLT2) Inhibitors
 Kesan sampingan termasuk jangkitan kemaluan genitalia dan saluran kencing
8. Glucagon-like Peptide-1 (GLP-1) Receptor Agonists
Seperti mana saya maklum tadi, kebanyakkan kesan sampingan ini kecil atau tidak biasa. Jikalau kesan sampingan ini mengganggu hidup anda, berjumpa dengan doctor dan memaklumkan kepada dia. Dia akan mengubah ubat tersebut atau memberi ubat lain untuk mengurang kesan tersebut.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)