
Sulit
5 tahun
Dos pengambilan postinor 2
hello doc…
sy laila umur 34,ibu ank 4…skrg sedang menyusu bayi yg berumur 6 bln…
begini doc…
2 hari lepas…saya sudah mengambil postinor 2…dan sy masih belum period…pada hari ini…sy melakukan persetubuhan…dan terpancut dalam.bolehkan sy ambil lagi postinor 2?menurut doc tidak boleh mengambil 2 kali postinor dalam kitaran haid yang sama kan?adakah berbahaya jika saya ambil ppstinor 2 tersebut?..
ok itu saja
tq doc…in advanced!

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, pengambilan pil postinor 2 adalah disarankan untuk diambil hanya sekali dalam 1 kitaran haid. Anda boleh mengambil lagi pil postinor 2 dalam tempoh 72 jam selepas persetubuhan. Namun perlu diingatkan bahawa jika anda tidak mahu hamil dalam masa terdekat serta ingin menjaga kualiti dan kuantiti susu badan, maka anda perlu menggunakan kaedah perancang kehamilan yang lebih selamat dan efektif berbanding pil postinor 2. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.