
Sulit
5 tahun
Dose dan waktu sesuai untuk menggunakan Seretide Evohaler, 25/125
Hello doktor, saya di sarankan doktor saya untuk terus menggunakan seretide evohaler 125mg fluticasone proionate, 25mg salmeterol…
Tapi saya lupa tanya, waktu bila dan berapa banyak dose yang sesuai untuk sehari… Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Dos dan kekerapan untuk mengambil ubat ini berbeza mengikut individu. Ia bergantung kepada banyak faktor yang diambil kira oleh doktor yang memberi preskripsi ubat ini kepada anda.
Oleh itu, saya tidak dapat memberikan jawapan yang anda inginkan. Saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor anda atau melihat kembali surat preskripsi ubat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.