
Sulit
4 tahun
Dry hump bersama pasangan
saya lelaki umur 20-an. beberapa minggu lalu saya telah melakukan dry hump bersama pasangan saya. saya tidak ejaculate. saya masih berseluar namun pasangan saya hanya memakai pakaian dalam. namun, sy berasa pelik kerana dia masih belum period dan tidak ada tanda² period. last pasangan saya period adalah 8/8.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, kehamilan hanya berlaku sekiranya hubungan seksual tersebut melibatkan pengeluaran air mani di dalam vagina atau serviks wanita. Ia tidak berkait dengan masalah haid tidak teratur yang di alami oleh pasangan anda dan kemungkinan ia disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Untuk pengetahuan anda, 50% segolongan wanita akan mengalami haid tidak teratur sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih