
Sulit
4 tahun
Dua jerawat di testis dan kadangkala gatal
Salam dok…saya ada dua jerawat di testis satu bila pegang tak sakit lagi satu pegang sakit dan saya selalu tiba tiba gatal di testis mintak penjelasan dok terima kasih…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kondisi sebegini boleh disebabkan oleh:
- Keradangan kulit
- Penyakit kulit
- Alahan kepada produk mandian
- Penyakit jangkitan kelamin
- Kurap
- Jangkitan kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.