
Sulit
4 tahun
Dubur berasa sakit selepas membuang air besar
2 3 hari lepas saya ada makan makanan pedas . Keesokkan hari saya membuang air besar dan berasa pedih di bahagian dubur . Rasa sakit dan pedih berlanjutan sampai sekarang samada duduk atau berdiri . Bila saya membuang air besar tiada tanda2 berak berdarah cuma rasa pedih dan tak selesa di bahagian dubur

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius atau tidak serius. Untuk makluman pihak anda, sakit dubur boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Luka anus
- Abses dubur
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Bagi masalah sakit dan pedih ini, anda boleh mengambil ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan yang anda hadapi. Selain itu, anda juga boleh menuam dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan. Kebersihan pada lokasi tersebut amat penting untuk dititiberatkan. Anda tidak digalakkan untum menggunakan seluar dalam yang ketat.
Walaubagaimanapun, langkah-langkah diatas adalah bersifat sementara dan tidak menyelesaikan masalah yang anda hadapi secara kekal.
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor seandainya berlaku pendarahan, terdapat sakit yang melampau, letih yang melebihi normal dan sebagainya kerana dikhuatiri ia disebabkan masalah yang serius sampai membahayakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.