
Sulit
4 tahun
Dubur terasa pedih dan sakit
Saya lelaki berumur 25 tahun. Sejak kebelakangan ini, dubur saya berasa sakit dan perit. Perkara ini memberikan ketidakselesaan kepada saya, terutamanya ketika hendak duduk ataupun bercangkung, dan juga ketika waktu tidur. Hal ini membuatkan saya berasa begitu tidak selesa untuk membuang air besar, kerana terasa sangat memeritkan. Saya juga memerhatikan najis saya, terdapat selaput putih pada najis tersebut. Mohon bantuan doktor.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Masalah dubur sakit dan selaput putih pada najis merupakan masalah yang boleh dihadapi pesakit. Namun, amat sukar untuk saya mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi melalui gejala sahaja tanpa persoalan lanjut. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius atau tidak serius. Untuk makluman pihak anda, sakit dubur boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Luka anus
- Abses dubur
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Bagi masalah sakit dan pedih ini, anda boleh mengambil ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan yang anda hadapi. Selain itu, anda juga boleh menuam dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan. Kebersihan pada lokasi tersebut amat penting untuk dititiberatkan. Anda tidak digalakkan untum menggunakan seluar dalam yang ketat.
Walaubagaimanapun, langkah-langkah diatas adalah bersifat sementara dan tidak menyelesaikan masalah yang anda hadapi secara kekal.
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor seandainya berlaku pendarahan, terdapat sakit yang melampau, letih yang melebihi normal dan sebagainya kerana dikhuatiri ia disebabkan masalah yang serius sampai membahayakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.