
Sulit
3 tahun
Early satiety, cepat kenyang dan lama kenyang
Hi doktor, saya lelaki 25 tahun. Saya ni mengalami masalah cepat kenyang bila makan dan kenyang lama sangat. Dah berpuluh kali jumpa doktor, sume ckp suspect saya ni gerd/Gastrik.
And saya perasan la dh dekat 2 tahun sy cmni, Berat badan perlahan2 menurun. Simptom saya seperti ini;
Makan cepat kenyang. Bukan on/off, tapi memang macam ni since 1+ year ago. Malam di mana saya makan kenyang sangat and then something explode inside my chest. Pegi kecemasan sebab saya panik, check itu ini sume ok.Konon anxiety but the reason I panik sbb rasa explode tu. Since that night, mcm ni la perut saya.
Kalau dulu hari-hari buang air besar, Sekarang kadang selang sehari kadang dua hari.
Pedih ulu hati rasa nya mcm takde, Cuma perut rasa x selesa la slalu.
Kebas tangan sume tu rasa nya dah memang berkaitan dengan gerd kot. Anxiety dan gerd kan selalu nya akan sama2 jadi.
So, saya nak cadangan doktor je la kat sini. Macam mana jadual pemakanan untuk early satiety ni. Makanan apa yang kena elak dan makanan apa yang elok . Malam before all this happen which is last 1+ year was Spaghetti Carbonara. I eat really really much till I can’t sit properly. I think tu yang trigger my gerd, tak tau la.
Okay tu je, thanks doktor. Nak minta tolong cadangkan je jadual pemakanan, makanan yang patut di elak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi yang tertentu. Doktor perlu menegetahui tentang sejarah penyakit anda dengan lebih lanjut serta melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh sebelum dapat membuat kesimpulan mengenai masalah anda.
Namun, masalah pedih ulu hati boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- GERD
- Gastritis
- Dispepsia
- Peptic ulcer
- Duodenal ulcer
Untuk masalah jadual pemakanan dan makanan yang patut dielak, saya nasihatkan anda untuk merujuk kepada dietitian untuk mengetahui makanan apa yang sesuai untuk anda.
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor