Sulit
3 tahun
Eczema di bahagian mata
Saya wanita. Berumur 23tahn. Saya mempunyai masalah eczema yg tertumpu di bawah mata sahaja. Kadang2 boleh menyebabkan luka dan bengkak pada mata. Jadi saya ingin tahu ubat yg sesuai untuk saya apply dan beli. Dan saya tidak tahu apa yg trigger saya. Dan if saya buat ujian allergic. Adakah ia boleh menunjukkan saya allergic kepada apa?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, selain daripada ekzema, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan ruam di bawah mata seperti:
- Keradangan kelopak mata (blepharitis)
- Konjunktivitis
Ujian alahan atau skin prick test adalah antara ujian yang boleh digunakan untuk mengenalpasti jika anda mempunyai alahan terhadap sesuatu bahan. Buat sementara waktu, saya sarankan anda untuk ke klinik untuk mendapatkan rawatan yang sesuai dengan kondisi anda. Sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dan rawatan sebelum memeriksa masalah anda. Anda boleh cuba untuk elakkan menggunakan solekan, losyen, sabun, habuk, krim pelindung matahari, wangian, cuaca terlalu panas dan lembap yang mungkin boleh menjadi penyebab masalah anda.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!