
Sulit
5 tahun
Eczema di bahagian pelipat tangan
Saya seorang wanita 20-an mengalami masalah gatal-gatal di bahagian pelipat tangan. Saya perasan kawasan pelipat tangan saya kering. Jadi saya cuba sapukan aloevera atau vaseline. Tapi hasilnya tetap sama. Saya dah cuba pakai losyen untuk kulit kering. Tapi tetap sama. Setelah membuat tinjauan, saya rasa kulit sensitif. Mengikut keturunan juga saya mungkin mempunyai ekzema. Bila gatal, saya akan garu kawasan pelipat tangan saya menyebabkan kesan merah-merah dab kadang-kadang luka. Malahan kawasan tersebut juga lebih gelap daripada kulit saya. Apa yang patut saya buat? Adakah saya perlu membuat konsultasi dengan pakar kulit? Dimana?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala yang anda terangkan kemungkinan besar adalah ekzema. Anda perlu berkonsult dengan doktor untuk mengenal pasti tahap keseriusan penyakit kulit anda supaya doktor boleh memberi nasihat atau rawatan yang paling sesuai untuk anda.
Anda boleh sahaja pergi ke mana-mana klinik kesihatan atau klinik pakar kulit yang boleh dijumpai di seluruh Malaysia. Kalau tidak, anda boleh menghubungi doktor kami melalui sesi audio atau video call supaya doktor kami boleh melihat dengan lebih jelas. Klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.