
Sulit
5 tahun
Eczema, kesihatan dalaman, dan lain lain
saya wanita mengalami eczema dari kecil. sekarang 24tahun ,boleh tak saya minum air+kunyit +asam jawa setiap hari?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya ekzema anda tidak dicetuskan oleh bahan-bahan tersebut maka anda boleh mengambil minuman tersebut. Namun, anda tetap disarankan untuk mengambil air bancuhan ini secara berpada-pada untuk mengelakkan masalah kesihatan yang lain. Kunyit memang mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan diri. Begitu juga dengan asam jawa. Namun, terlebih bahan-bahan ini boleh juga membawa kesan sampingan kepada anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.