pulaumd
6 tahun
Eczema Kulit kering dan mengelupas
Bapa saya menghidap eczema…setiap kali dia makan makanan tertentu badanya akan mula gatal-gatal…bole tolong senaraikan apakah makanan yang tidak boleh di makan (boleh meyebabkan badan gatal)…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Penyakit ekzema boleh diparahkan lagi dengan keadaan-keadaan tertentu seperti stress, makanan, jenis kain dan habuk. Antara jenis-jenis makanan yang menambah kesan teruk ekzema adalah seperti berikut:
- Makanan bergluten seperti roti
- Kekacang
- Makanan laut
Namun harus diingatkan bahawa tidak semua pesakit ekzema adalah sama. Ini bermaksud jika ada sesetengah makanan boleh diambil oleh pesakit ekzema, tidak semestinya ayah anda boleh mengambilnya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai status makanan yang perlu dielakkan, tuan/puan boleh membawa berjumpa pakar nutrien ataupun pakar kulit untuk membuat beberapa ujian.
Anda juga boleh bertanya masalah ini dengan lebih lanjut secara privasi kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































