
aisyahzr99
5 tahun
Eczema skin problem itchy
Saya berumur 20 tahun dan saya mengalami eczema. Saya nak tanya moisturizer apa yang sesuai untuk itchy, dry skin eczema ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami memerlukan kepastian samada anda memiliki eczema atau masalah lain. Hal ini kerana kulit bersisik dan gatal boleh disebabkan pelbagai faktor:
- Eczema
- psoriasis
- jangkitan kulat
- Dermatitis kerana alahan kepada produk
Sekiranya anda telah mendapat diagnosis rasmi dari doktor anda, anda disarankan:
- Mengelak pelbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah tersebut dengan mengenalpasti faktor yang boleh menimbulkan penyakit tersebut seperti makanan, tekanan, haiwan perliharaan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.
- Pelembap juga berfungsi untuk merawat masalah anda. Anda boleh menggunakan pelembap berjenama Vaselin, Cetaphil, Evene, Cerve. Sekiranya anda ingin dapatkan difarmasi, anda dapatkan jenis Double based Emollient/ Urea Cream
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.