
Anonymous
5 tahun
Efek kesan pengambilan Postinor 2
Saya “bersama”suami pada 10/6. Pada 11/6 saya ambil postinor 2. 5 hari selepas itu (16/6) saya mengalami pendarahan seperti period selama 3 hari. Namun, sehingga hari ini (14/7) period saya masih belum datang. Perlukah saya membuat ujian kehamilan?
Adakah darah yang keluar selepas saya ambil postinor 2 diambil kira sebagai period? Untuk pengetahuan doktor, sewaktu saya bersama dengan suami, saya masih dlm keadaan period (hujung period). Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kitaran haid normal lazimnya bergantung pada hormon wanita. Pengambilan postinor biasanya akan menggalakkan penipisan dinding endometrium rahim anda yang seterusnya menyebabkan haid. Kemungkinan besar selepas pengambilan postinor itu adalah darah haid untuk kitaran yang berikutnya yang menyebabkan anda mengalami perubahan kitaran haid normal.
Biasanya pada akhir kitaran haid anda bukan lagi dalam tempoh subur, anda jika anda ragu, bekerjasama dengan suami agr mencuba teknik merancang keluarga yang lain seperti kondom, pil jangka panjang seperti Yasmin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.