Sulit
2 tahun
Efek pengambilan syabu setiap hari pada kesan covid
Sya berusia dlm 35 thn,baru2 ni keja tlalu byk mgebabkan sya merasa letih,sembelit,sakit tekak pda waktu mlm dan selesema on off adakah foktor syabu ataupon terkena jangkitan covid?selama ini dlm pgambilan syabu atas foktor keja xmberi apa2 kesan kpd sya
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda
Berdasarkan keterangan diatas, anda sedang bertanyakan tentang penyebab rasa letih, sembelit, sakit tekak, dan selsema yang dialami adalah kesan pengambilan syabu atau jangkitan COVID-19. Kami akan cuba memberi penerangan kepada anda
Untuk pengetahuan anda WHO telah menyenaraikan simptom yang lazimnya ditemukan bagi jangkitan COVID-19. Antaranya termasuk:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Batuk
- Keletihan
- Sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kehilangan rasa atau bau
- Sesak nafas
Namun begitu, gejala ini boleh terjadi dalam jangkitan lain dan dalam kes anda, ia tidak mustahil boleh berpunca daripada kesan sampingan penggunaan syabu.
Syabu adalah bahan terlarang dan tidak sepatutnya diambil. Oleh itu anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor bagi mengenalpasti punca gejala anda serta mendapatkan nasihat tentang penggunaan syabu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini