
Sulit
4 tahun
Effective morninga after pil
Hi doktor, saya makan morning after pil beberapa jam selepas melakukan sex dan selepas 2 hari saya dapati ada pendarahan pada vagina, adakah itu perkara biasa? Kitaran haid saya sepatutnya pada 2 minggu lagi? Macam mana ye doktor adakah saya ada kebarangkalian mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ubat yang anda ambil adalah pil perancang kecemasan dan ia berfungsi adalah dengan mengekang telur (ovum) keluar dari ovari dan menebalkan lendiran pada dinding rahim supaya ovum dan sperma susah untuk melekat di situ.
Dos pertama perlu diambil secepat mungkin selepas melakukan hubungan, kurang daripada 72 jam. Dos kedua perlu diambil 12 jam selepas pengambilan dos pertama. Semakin lambat anda mengambil dos pertama selepas bersama semakin kurang keberkesanannya, dan ianya tidak berguna jika diambil selepas 72 jam.
Informasi dengan lebih lanjut tentang pil perancang kecemasan ini boleh didapati di bawah.
- Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
- Dianggarkan bahawa ia akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Tidak diketahui sama ada ia berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Mengambil dos pil kontraseptif kecemasan secara berlebihan dalam sesuatu masa tidak akan menjadikannya lebih berkesan.
- Jangan ambil 2 pil pada masa yang sama
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.