
Sulit
4 tahun
eGFR kidney 81 tetapi doktor kata normal dan ok tiada masalah
saya ada buat checkup darah kat klinik swasta.
apa yang pelik data kidney saya
Urea 4.8 mmol/l
creatinine 94 umol/l
cuma kat laporan hanya papar egfr >60 (normal).
doktor bgtau kidney saya normal.
bila saya balik pengiraan efgr kat website saya dapat angkat 81. normal bukan ke 90 ke atas. maknanya kesihatan kidney saya merosot peringkat awal. bukan ke sepatutnya saya direfer ke nefrologi semasa masih awal lagi?
adi, 65 kg, 170 cm

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, keputusan eGFR 60-89 ml/min tidak bermakna anda mempunyai masalah buah pinggang, ia masih normal. Jika eGFR kurang daripada 60 ml/min selama 3 bulan, kemungkinan buah pinggang anda mempunyai masalah.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Boost your immune system with a balanced diet and good nutrition.