
Sulit
4 tahun
Ejakkulasi pramatang
Saya lelaki berusia 24tahun. Saya mengalami penyakit ejakulasi pramatang(PE). Jadi saya ingin berjumpa dengan doktor pakar di kawasan saya. Jadi doktor pakar apa yang harus saya jumpa. Atau cadangan di klinik klinik sahaja ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham keadaan yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, ejakulasi pramatang adalah salah satu perkara yang biasa dilaporkan oleh kaum lelaki. Doktor pakar yang anda boleh berjumpa adalah doktor pakar urologi. Anda juga boleh ke klinik berdekatan untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan awal.
Masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- kurang berpengalaman seksual
- isu dengan imej badan
- Hubungan baru
- terlalu banyak rangsangan
- stres hubungan
- kebimbangan
- perasaan bersalah atau kekurangan
- kemurungan
- isu berkaitan kawalan dan keintiman
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah