Sulit
4 tahun
Ejakulasi di tengah malam
Saya bermumur 16 tahun ,sejak tingkatan satu saya sering melakukan onani, tetapi saya telah berhenti onani pada akhir tingkatan 3,tetapi kini saya sering ejakulasi semasa tidur secara tiba tiba di tengah malam.apakah ounca dan solusinya?.¹Saya sudah berhenti onani dan apaKah yang saya harus lakukan selepas ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu masturbasi ataupun onani. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai cara untuk berhenti daripada tabiat onani ini. Buat masa sekarang lakukan aktiviti berikut untuk mengalihkan perhatian anda daripada kegiatan masturbasi/onani :
- Riadah atau aktiviti sukan secara berkala
- Lakukan aktiviti sosial bersama rakan dan keluarga
- Makan makanan seimbang
- Pratikkan aktiviti keagamaan
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

































