
Sulit
4 tahun
Ejakulasi pramatang @ pancut awal
Saya lelaki berumur 20 tahun. Saya kerap onani (2-3 kali sebulan). Saya perasan yang saya semakin cepat pancut dlm linkungan 5 minit.
Adakah saya mngalami ejakulasi pramatng?
Boleh dr syorkan ubat farmasi atau alternatif bagi melambatkan pancut ini?
Or i should do senaman kergel and latihan mula-henti itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ejakulasi pramatang boleh berlaku dan bukan perkara yang harus dirisaukan jika tidak kerap berlaku. Namun, anda harus tahu punca ejakulasi pramatang boleh berlaku seperti:
- Faktor Psikologi
- Pengalaman seksual yang awal
- Gangguan/deraan seksual
- Rasa rendah diri dengan imej badan
- Kemurungan
- Risau akan ejakulasi awal
- Rasa bersalah semasa melakukan aktiviti seksual
- Faktor biologi
- Tahap hormon yang tidak normal
- Tahap neurotrasnmitter yang tidak normal
- Keradanagan atau jangkitan di urethra
- Mewarisi sifat
Anda mungkin didiagnos dengan ejakulasi pramatang jika anda:
- Sering mencapai ejakulasi dalam masa 1 minit
- Anda tidak dapat mengawal ejakulasi untuk melambatkannya setiap masa
- Anda rasa tertekan dan kecewa lalu mengelakkan aktiviti seksual
Anda tidak digalakkan untuk menggunakan apa-apa ubatan kerana anda belum berkahwin dan belum ingin mempunyai zuriat. Anda boleh melakukan senaman pelvis untuk menguatkan bahagian pelvis anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda boleh juga mendapatkan pendapat doktor pakar urologi (Urologist) melalui link ini (specialist booking). Seorang pakar urologi arif dalam bidang berkenaan sistem reproduktif lelaki dan masal-masalah yang boleh timbul dan kesihatan seksual lelaki. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.