
Sulit
5 tahun
Ejakulasi pramatang seawal kurang seminit
Saya mempunyai masalah ejakulasi pramatang seawal kurang seminit akibat terlampau kuat onani ketika remaja. Saya ingin berkahwin nnti doktor pleasee bantu saya. Saya baru berumur 25 tahun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Permasalahan ejakulasi pramatang adalah antara isu yang sering kali timbul didalam perkahwinan. Antara faktor-faktor penyumbang kepada masalah ini adalah:
- Terlalu banyak ransangan
- Masalah dengan imej badan
- Penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, tinggi kolesterol dan penyakit jantung
- Faktor psikologi
Untuk membantu dalam permasalahan ini, beberapa langkah boleh diambil seperti:
Bertenang
Berbincang dengan pasangan
Psikoterapi
Amalkan gaya hidup sihat serta kawal penyakit kronik
Kurangkan berat badan dan berhenti merokok
Sekiranya langkah-langkah tersebut tidak memberikan impak, anda boleh berbincang secara privasi mengenai ubat-ubatan yang bersesuaian dengan kami. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.