John

5 tahun

Ejakulasi Pramatang

Saya mempunyai masalah ejakulasi pramatang yg mungkin berpunca disebabkan masturbasi yg kerap dilakukan. Adakah terdapat jalan penyelesaian yg boleh saya peroleh?

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Hi, terima kasih untuk soalan encik.Ejakulasi pramatang terjadi apabila seseorang gagal mengawal ejakulasi apabila diransang atau ketika hubungan intim bersama pasangan dan ejakulasi berlaku terlalu cepat. Keadaan ini jika cukup serius boleh menyebabkan kemurungan, rendah keyakinan diri dan juga boleh merosakkan kebahagian rumah tangga. Banyak faktor yang menyumbang kepada kondisi ejakulasi pramatang.Antara faktornya ialah panik, gugup, obesiti, gaya hidup tidak aktif, merokok, dan lain2.

Terdapat beberapa cara encik boleh lakukan untuk mencuba merawat ejakulasi pramatang. Yang pertama ialah encik boleh mencuba mengurangkan kekerapan masturbasi. Yang kedua encik tidak boleh panik dan terlalu memikirkan tentang masalah ini kerana ini akan menyebabkan encik panik dan kitaran ini akan berterusan. Encik juga boleh mencuba untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif dan sihat.

Terdapat beberapa ubat seperti ubat SSRI atau anxiolytic yang boleh mengurangkan perasaan cemas dan panik ketika encik melakukan hubungan intim. Terdapat juga beberapa terapi yang berkesan untuk merawat ejakulasi pramatang.

Salam sejahtera, terima kasih untuk soalan anda.

Terdapat dua jenis masalah ejakulasi pramatang, iaitu ejakulasi pramatang sepanjang hayat atau ejakulasi pramatang baru. Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah ini.

Terdapat beberapa cara untuk merawat masalah ejakulasi pramatang. Antaranya ialah senaman kegel. Senaman kegel adalah senaman menguatkan otot di lantai pelvis anda. Anda dinasihati untuk melakukan senaman ini secara berterusan dan senaman ini boleh dilakukan oleh kedua-dua pasangan.

Teknik Mula dan Berhenti boleh diaplikasikan juga. Anda perlu merangsang zakar dan berhenti sebelum keinginan untuk pancut. Selepas 1 minit berhenti dan biarkan rasa ejakulasi itu hilang. Cuba sekali lagi sehingga pasangan boleh mengawal ejakulasi.

Teknik "Picit" juga boleh digunakan. Teknik ini berfungsi dengan memicit bahagian kepala zakar selama 30 saat sebelum pasangan mencapai klimaks. Picitan ini mampu menghentikan rasa untuk ejakulasi. Selepas itu, hubungan intim boleh disambung semula.

Dr Ilias,

5 tahun

Hai! Terima kasih kerana saudara bertanyakan soalan tersebut.

Buat pengetahuan anda, masturbasi sahaja bukanlah merupakan punca terjadinya ejakulasi pramatang. Namun, perkara yang boleh membawa kepada seseorang itu mengalami ejakulasi pramatang adalah teknik dan perkara yang tidak sesuai dilakukan ketika melakukan mastrubasi atau yang juga dikenali sebagai onani.

Harus diketahui bahawa keadaan di dalam faraj yang lembab serta lembut merupakan tempat yang paling sesuai untuk kemaluan lelaki. Maka apabila sudah terbiasa melakukan masturbasi pada keadaan yang tidak kondusif, ia akan menggannggu kemaluan lelaki apabila melakukan hubungan seksual bersama pasangan anda.

Namun begitu, terdapat pelbagai faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan ejakulasi pramatang. Antaranya perasaan gemuruh apabila bersama pasangan, masalah tekanan atau stress di dalam kehidupan seharian, masalah di dalam ketidak seimbangan hormon di dalam badan juga turut menyumbang terhadap masalah ini.

Oleh sebab itu, dinasihatkan supaya anda mendapatkan pandangan pengamal perubatan supaya punca utama yang menyebabkan masalah ejakulasi pramatang anda dapat diuruskan dengan baik.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)