
Sulit
5 tahun
Ejakulasi semasa hubungan seks
Saya lelaki umur 24 tahun. Semasa berhubungan seks saya tidak dpt ejakulasi dan ini buat saya stress. Sedangkan semasa bermasturbasi saya boleh ejakulasi. Apakah patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah anda mungkin disebabkan oleh masalah psikologi seperti gugup, cemas atau kerisauan ketika melakukan hubungan seksual dengan pasangan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.