
Sulit
5 tahun
Ekzema dan selaput mata
Saya berumur 22 tahun, saya mempunyai ekzema di bahagian kelopak mata dan tak tahu nk menggunakan cream ape utk hilangkan ekzema tersebut. Saya juga mempunyai selaput mata, dah sebulan mata saya terasa gatal, sakit dan merah. Apa yg perlu saya buat utk hilangkan doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, anda boleh menggunakan krim pelembap mana-mana sahaja (sebaiknya yang fragrance free) untuk disapukan ke daerah kelopak mata. Namun, sebaiknya digunakan krim mata memandangkan teksturnya yang lebih nipis dan lebih sesuai untuk kulit daerah mata.
Merujuk kepada selaput mata, ia harus diperiksa oleh doktor. Kerana selaput mata dapat terdiri atas pelbagai keadaan di mata seperti:
- Ulser pada lapisan kornea
- Katarak mata
- Jangkitan kuman atau kulat
- Pterygium
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.