Sulit

3 tahun

Emak saya mengalami semput selepas sebulan operasi bypass

Salam,doc.
Emak saya mengalami semput selepas sebulan operasi bypass,4 saluran tersumbat. Beliau tak boleh tidur baring slepas pulang kerumah… Hanya duduk di kerusi malas selama sebulan. Beliau juga mhidap pyakit lain sperti kencing manis,darah tggi. Setakat ini setiap hari saya periksa tekanan darah juga test blood glucose,dan juga oxygen

Selalunya, keputusannya
BP : 141/70
Gula : 5.8
Oxygen 97
Pulse : 62

Pagi ni,katanya semput bila berjalan.
Tidur jugak lebih tegak di kerusi malas. Semput katanya perutnya berombak.

Perlukah ke hospital dgn segera? Atau ini adalah normal bagi pesakit selepas mjalani operasi bypass.

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang ibu anda hadapi. Untuk makluman anda, gejala semput yang ibu anda hadapi mungkin merupakan salah satu kesan sampingan operasi jantung yang dijalani. Namun begitu, kami memerlukan maklumat lanjut mengenai frasa “semput” yang anda nyatakan. Bagaimanapun,untuk pengetahuan anda, waktu pemulihan setelah operasi boleh berlangsung singkat atau lama, bergantung kepada tahap kesihatan pesakit itu sendiri. Pesakit diperbolehkan pulang walaupun belum pulih spenuhnya kerana ianya memerlukan sekurang-kurangnya 6 minggu sehingga 3 bulan untuk pulih dengan sepenuhnya dan melakukan kegiatan harian seperti sedia kala. Selama waktu pemulihan ini, pesakit disarankan untuk mencegah daripada melakukan aktiviti berat.

Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.

Pada umumnya, dengan teknologi pembedahan/operasi yang telah berkembang, komplikasinya adalah rendah. Namun begitu, atas pelbagai faktor, terdapat beberapa komplikasi yang dapat terjadi walaupun jarang, seperti:

  • Sakit pada tempat operasi
  • Kesan sampingan akibat anestesi, seperti mual, sakit kepala, dan gangguan pernapasan.
  • Demam.
  • Perdarahan atau keradangan pada luka sayatan operasi.
  • Masalah pada jantung-serangan jantung berulang.
  • Kerusakan organ, seperti ginjal dan paru-paru
  • Stroke.

Sekiranya gejala semput ibu anda semakin memberat seperti mengganggu untuknya bernafas pada waktu yang lama ataupun kerap, atau ibu anda menghadapi gejala komplikasi seperti yang dinyatakan di atas, saya sarankan anda untuk membawa ibu anda berjumpa dengan doktor. Hal ini bagi membolehkan pemeriksaan fizikal dilakukan supaya rawatan yang tepat dapat diberikan dan mencegah daripada berlakunya komplikasi lain.

Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi

Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Chest%20Pain

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)