Sulit
6 tahun
Emosi cepat marah dan susah fokus
Saya lelaki berumur 28 tahun. Masalah sy emosi sangat cepat berubah. Walau dalam keadaan tenang, atau gembira, kalau ada sedikit pun yg jadi buat sy annoyed atau menganggu, sy akan jadi sangat marah. Kadang2 bila marah tak dapat kawal rasa membuak2, sampai tak dapat fikir dengan jelas. Baling barang2 sah jadi perkara biasa. Sy cuba kawal tetap jadi begitu walaupun hal2 kecil je yg mengganggu. Sy juga susah untuk kekal fokus dalam apa yg sy buat. Fokus cuma bertahan sekekap saja dan sy jadi tak berminat nak teruskan. Adakah semua ni cuma masalah biasa doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, perubahan emosi yang mendadak serta kurang fokus boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- akibat stres
- akibat masalah psikiatri
- anemia
- tekanan darah rendah
- tumor otak
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu rutin harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























