
Sulit
3 tahun
Emosi tak stabil mungkin?
saya remaja perempuan dalam usia ingin memasuki 17 tahun.saya mempunyai masalah emosi yang sukar dikawal oleh diri sendiri dia macam lost control la…kadang macam bila termenangis nanti diri ni auto nk mengilai gelak senyum pelik pastu tak boleh nampak benda tajam macam pisau ke kaca ke gunting ke nanti auto nak cederakan diri bila dah berdarah habis nanti auto blank and terlelap…bukan sekali dua ini dari saya darjah lima and masa saya f2 masa tu duduk dekat asrama warden call family cakap saya hampir nak terjun bangunan asrama sedangkan time tu saya tak sedar dia macam diluar kawalan otak saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala tidak tenang, mudah panik jantung berdegup kencang, sakit dada, tangan bergetar, mual dan pening merupakan salah satu dari gejala emosi yang tidak stabil yang perlu diberikan perhatian. Ia juga boleh dikatkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan stres oleh faktor kerja atau masalah personal
- gangguan fobia atau penyesuaian diri
- gangguan kesihatan yang lain
Buat masa ini, anda boleh berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan psikiatri untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.