
isaismail29
5 tahun
Enchondroma jari manis
Saya pernah mengalami kemalangan kecil menyebabkan jari manis patah.apabila diagnosis di hospital doctor mengesyaki tulang jari mempunyai tumor kecil. Doctor membuat pembedahan mengganti tulang saya dengan aritificial .kemalangan berlaku tahun 2016…adakah tumor tu akan tumbuh balik walau sudah buang sel tulang tersebut. Saya tak pernah melakukan xray selepas sembuh sampai sekarang.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda yang dihadapi. Secara amnya, jika seseorang itu pernah mengalami tumor, kemungkinan terjadi lagi masih wujud. Namun, peratusan kemungkina tumor tersebut kembali lagi tergantung pada jenis tumor dan rawatan yang pernah dijalani sebelumnya. Untuk mengetahui apakah masih boleh mendapatkan tumor tersebut anda mungkin diperlukan untuk mengambil pemeriksaan lengkap di hospital berdekatan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.