Sulit
3 tahun
Endometriosis dan collagen supplement
Hi doc, bolehkan pesakit endometriosis mengamalkan fish collagen?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, fish collagen merupakan makanan tambahan. Kolagen dalam makan tambahan ini kebiasaannya bertujuan untuk meningkatkan kualiti kolagen serta meningkatkan ketumpatan dan ketahanan mineral tulang.
Selain itu, penyakit endometriosis ini sangat berkait rapat dengan hormon estrogen. Antara makan ayng harus dielakkan adalah:
alkohol
kafein
gluten
daging merah
lemak tepu dan trans
Kesimpulannya, mengamalkan makanan tambahan tersebut tidak memberi mudarat untuk kesihatan anda. Namun, sekiranya anda mengambil untuk tujuan rawatan masalah endometriosis anda, setakat ini tiada kajian yang menunjukkan keberkesanan kolagen ikan terhadap penyakit endometrisis.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut sekiranya anda boleh mengmbil makanan tambahan tersebut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda kerana mereka mempunyai maklumat lanjut mengenai status kesihatan anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.