
Sulit
5 tahun
Endometriosis gangguaan haid
Saya michelle, Saya mngalami haid yg berpanjangan dan sakit nyeri² bahagian punggung bgaimana mncegah endometriosis pertama berikan saya tips
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan dan sakit boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang sering tidak diketahui
- Penggunaan alat IUD
- Endometriosis
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Penyakit endometriosis terjadi apabila sel lapisan rahim (endometrium) tumbuh di tempat lain seperti di pundi kencing atau serviks. Puncanya tidak diketahui. Manakala rawatan pula adalah seperti ubat perancangan keluarga atau pembedahan. Sekiranya masalah haid sakit dan berpanjangan anda berterusan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.