Sulit
5 tahun
Englargement Supplemen for men
Saya ingin mendapatkan supplemen pembesaran untuk zakar apa yang disyorkan oleh doctoroncall tanpa kesan sampingan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Untuk makluman anda, kajian yang dilakukan tentang prosedur pembesaran zakar samada melalui ubatan atau alatan tidak memberikan apa-apa kesan yang baik malahan boleh memberikan kesan sampingan yang tidak diingini. Disamping itu, kemungkinan kegagalan fungsi zakar boleh berlaku ketika melakukan prosedur pembesaran zakar. Ada juga kajian amnyatakan bahawa zakar boleh mengecut semula selepas pembesaran dilakukan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Saya tidak mengesyorkan anda untuk mencuba mana-mana rawatan pembesaran zakar kerana ianya jelas tidak sihat untuk kesihatan. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

































