
Sulit
4 tahun
Enzyme pills for my teeth is broken
Saya ade mslh gusi bengkak. Tak sakit tp senang berdarah.pil Enzyme boleh ke mengurangkan bengkak gusi dlm gigi saya ni?and brp hari yg diperlukan? Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Plak yang banyak terkumpul pada gigi serta sekitar gusi
- Keradangan gusi (gingivitis)
- Jangkitan kuman pada gigi ataupun gusi
- Kehamilan.
- Merokok
- Masalah skurvi iaitu kekurangan vitamin C dalam badan
- Penggunaan gigi palsu
- Sensitivitas gusi akibat penggunaan pasta gigi tertentu atau cairan kumur.
- Ubat-ubatan seperti kortikosteroid
Oleh hal yang demikian, pihak kami perlu untuk memastikan punca yang mana satu menyebabkan masalah anda berlaku sebelum menasihati berkenaan dengan rawatan serta ubat-ubatan yang sesuai untuk anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall EPharma) atau (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.