Sulit
5 tahun
Eosinophilia dalam darah
Warga emas Wanita umur 60
Nak minta tolong doctor, supaya saya lebih faham.
Saya nak tanya
- Range biasa eosinophilia ialah 0-6%, jadi range untuk mild dan severe ialah berapa?
- Bila % eosinophilia akan menyebabkan leukemia?
- Adakah 10% eosinophilia bole jadi leukemia?
- Apa yang bole sy buat untuk rendahkan % eosinophilia? buat masa skrang rekod eosinophilia ialah 9%.
- Bila saya makan daging ayam, kalau terlampau banyak, saya akan keluar hingus, adakah itu akan menyebabkan eosinophilia naik?
Terima kasih doctor sudi tolong saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, eosinophilia bermaksud terlebih sel darah putih bernama eosinophil. Terdapat pelbagai jenis leukemia dan eosinophil biasanya bukan sel yang dilihat untuk mendapatkan diagnosis leukemia yang lebih lazim. Oleh itu, anda harus lebih spesifik tentang leukemia yang anda maksudkan. Jumlah eosinophil yang dikira ‘mild’ ialah 500-1500 cells/mL. manakala severe ialah lebih 5000 cells/mL. Eosinophil biasanya meningkat dalam jangkitan parasit atau alergi. Anda cuma perlu elakkan pencetus alergi anda sekiranya anda mempunyai alahan. Sekiranya anda alah dengan ayam, maka ia boleh meingkatkan sel eosinophil anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.





































