
farahzamri.89
5 tahun
Erectile Dysfunction (ED)
Suami mengalami masalah Erectile Dysfuntion. Adakah ED cream boleh dibeli tanpa preskripsi doctor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah mati pucuk ini perlu didiagnos oleh doktor terlebih dahulu kerana terdapat beberpa penyakit seksual yang menyerupai penyakit ini seperti ejakulasi pra-matang, penyakit disfungsi seksual dan penyakit lambat klimaks. Masalah mati pucuk juga mempunyai beberapa sebab seperti masalah kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, merokok dan masalah hormon. Kesemua faktor ini perlu ditangani bagi mengurangkan kebergantungan kepada ubat. Terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh digunakan untuk masalah mati pucuk ini seperti ubat yang mengandungi “sildenafil” dan suplemen. Ubat-ubat untuk penyakit mati pucuk memerlukan preskripsi doktor kerana kesannya kepada pengguna jika mereka mempunyai penyakit lain yang mana ubat tersebut boleh membahayakan kesihatan mereka.
Oleh itu, anda dan suami anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.