Sulit
6 tahun
Erectile Dysfunction ED
Hi Dr… Mohon bantu saya… Saya bakal berkahwin minggu hadapan… So saya takut saya tak boleh memberi kepuasan kepada pasangan saya disebabkan saya selalu pancut awal… Saya ada membaca mengenai sildenafil sebagai alternatif… Saya harap doktor boleh bantu saya… Saya amat takut sekarang ini… Terima kasih doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Masalah ejakulasi pra-matang dan “mati pucuk” adalah dua masalah berbeza. Ejakulasi pra-matang adalah kondisi dimana anda tidak dapat menahan air mani keluar .
Antara punca-punya yang boleh menyebabkan ejakulasi pramatang ialah perasaan gemuruh ketika bersama pasangan semasa hubungan seksual. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa punca fizikal lain yang boleh menyebabkan ejakulasi pramatang. Ketidakstabilan tahap horomon di dalam badan, masalah di pada organ tiroid, keradangan serta jangkitan pada prostat, kecederaan urat saraf ataupun trauma juga merupakan beberapa punca yang boleh ditemui ketika pemeriksaan dijalankan.
Untuk mengatasi masalah ejakulasi pra-matang, anda boleh:
- Bertenang
- Berbincang dengan pasangan
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
Untuk mendapatkan ubat mengenai penyakit ini preskripsi dari doktor adalah diperlukan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.




















