Anonymous
6 tahun
Ereksi pramatang ,terlampau cepat
Ubatan yg sesuai untuk masalah ini
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Permasalahan ejakulasi pramatang adalah antara isu yang sering kali terjadi. Antara faktor-faktor penyumbang kepada masalah ini adalah:
- Terlalu banyak ransangan
- Masalah dengan imej badan
- Penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, tinggi kolesterol dan penyakit jantung
- Faktor psikologi
Untuk membantu dalam permasalahan ini, beberapa langkah boleh diambil seperti:
Bertenang
Berbincang dengan pasangan
Psikoterapi
Amalkan gaya hidup sihat serta kawal penyakit kronik
Kurangkan berat badan dan berhenti merokok
Untuk mendapatkan ubat ubatan untuk masalah ini, preskripsi ubat diperlukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




















