
Sulit
4 tahun
Expired date ubat-ubatan
Sya seorang pesakit talasemia. Ubat dasferal sya expired date bulan 10/2020 hari bulan tidak dinyatakan…soalan sya bolehkah ubat dasferal ni digunakan sehingga hujung bulan 10? Kerana tarikh hari bulan tidak dinyatakan. Sekian

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, ubat Desferal yang anda perihalkan adalah ubat yang digunakan untuk mengawal jumlah zat besi (Iron) yang terdapat dalam darah dan ia digunakan untuk pesakit yang menerima tranfusi darah secara rutin.
Kami tidak pasti bahawa penggunaan ubat tersebut adalah dibenarkan sehingga akhir bulan tamat tempoh kerana pengilangan ubat tersebut yang terdiri daripada syarikat yang berbeza. Kami sarankan anda menanyakan perkara ini kepada doktor yang memberi preskripsi ubat tersebut dengan lebih terdahulunya.
Selain itu, kami juga inginkan menasihati anda agar untuk memantau kesan sampingan atas penggunaan ubat tersebut akibat dos terlebih seperti:
- Alahan
- Gejala lebam pada tangan atau kaki
- Demam, muntah dan cirit-birit
- Kekuningan badan
- Sakit perut
- Sesak nafas
- Keruaman.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.