
Sulit
4 tahun
External haemerrhoids (daflon 500mg)
Saya ialah wanita berumur 24 tahun. Saya mengalami external haemerrhoids tahap 2 dan saya telah mengambil ubat Daflon 500 mg (3 kali sehari) sejak seminggu yang lalu tetapi saya mempunyai masalah untuk menelan ubat tersebut jadi saya terpaksa patahkan ubat kepada beberapa bahagian sebelum menelannya. Adakah perbuatan saya ini bahaya? jika ya, adakah cara lain untuk saya mengambil ubat ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang cara pengambilan ubat pil berkenaan. Untuk makluman anda, perbuatan anda adalah dibenarkan dan tidak mengundang bahaya. Anda tidak perlu risau tentang perkara sedemikian.
Untuk info secara mendalam tentang perkara ini, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang hal ini. Terima kasih