
Anonymous
6 tahun
Faraj ada keluar darah
Saya wanita berusia 20an …pada 5/5/2019 waktu petang ketika hendak mengambil wudhu saya ingin membersihkan faraj saya…saya dapati pada seluar dalam saya ada sedikit darah…anggapan ketika itu saya didatangi haid(belum sampai waktunya)…saya tidak jadi untuk menunaikan solat pada ketika itu…lalu saya memakai tuala wanita. Beberapa jam kemudian saya cek pada tuala wanita tidak ada darah…saya biarkan seketika kemudian saya cek menggunakan cotton bud. Tiada juga darah…pada malam nya saya cek lagi ada pula darah pada cotton bud…tetapi tidak menitis…pagi 6/5/2019 waktu sahur saya cek lagi ada darah pada cotton bud tetapi tidak juga menitis…satu kemusykilan bagi saya…tidak pernah terjadi sebelum ini…walaupun selepas melahirkan dan menyusukan sehingga kini period saya tidak teratur…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Kemungkinan pendarahan tersebut berlaku disebabkan luka di bahagian faraj, tetapi terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih