
Sulit
4 tahun
Faraj berdarah ketika lakukan onani
Saya gadis 17 tahun,kenapa faraj saya berdarah ketika memasukkan botol cream?

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang faraj berdarah ketika melakukan onani.
Perbuatan yang dimulakan oleh anda telah menyebabkan trauma pada faraj sehingga berdarah dengan botol krim. Untuk makluman pihak anda, onani atau nama lainnya masturbasi merupakan satu kegiatan yang dilakukan untuk mencapai kepuasan seksual mengunakan tangan ataupun alatan seksual.
Onani adalah perbuatan yang tidak elok dan anda perlu sentiasa bersihkan alat sulit anda.
Setiap lapisan umur dan masyarakat adalah tidak digalakkan untuk mengamalkan kegiatan ini kerana ianya boleh mendatangkan banyak kesan buruk. Antaranya:
- Menimbulkan ketagihan yang sukar untuk dibendung. Ketagihan akan menyebabkan daya fokus, aktiviti seharian dan perhubungan sosial terganggu
- Mengurangkan sensitiviti kepada hubungan seksual sebenar, oleh sebab itu, walaupun setelah berhubungan anda masih mahu beronani
- Menimbulkan rasa bersalah
- Trauma pada alat sulit
Kami menasihati anda agar menghindari aktiviti ini dan berjumpa dengan pakar psikiatri ataupun kaunselor untuk khidmat nasihat terutamanya jika ia sudah menjadi suatu ketagihan.
Buat masa sekarang lakukan aktiviti berikut untuk mengalihkan perhatian anda daripada kegiatan masturbasi:
- Riadah atau aktiviti sukan secara berkala
- Lakukan aktiviti sosial bersama rakan dan keluarga
- Makan makanan seimbang
- Pratikkan aktiviti keagamaan
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah